Tuesday, August 11, 2009

Perlawanan Futsal Persahabatan

Jumaat ini jam 9.00 mlm mungkin akan diadakan perlawanan futsal persahabatan di antara Lavender dan pasukan lawan.  

Monday, August 10, 2009

Gotong Royong



Penduduk Lavender telah mengadakan gotong-royong membersihkan semak di sempadan lebuh raya Shah Alam dan membaiki pagar disekitar Lavender. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana telah berjaya mengumpul tidak kurang 20 orang penduduk. Walaupun kemalangan menimpa seorang saudara kita, Amin tidak mematahkan semangat yang lain untuk terus bekerja. Marilah kita mendoakan saudara Amin cepat sembuh.














Perlawanan Futsal Persahabatan



Pasukan Futsal Lavender telah mengekalkan rekod kemenangan hatrik Jumaat lepas (8 Ogos) di Seksyen 16 Shah Alam. Sekurang-kurangnya 10 gol telah disumbatkan oleh pemain-pemain Lavender dan hanya dibolosi 3 gol.  Lavender menguasai perlawanan dari awal permainan.


Lee, cuba melakukan rembatan ke arah pintu gol lawan.


Safrol berjaya meloloskan diri dari kepungan pemain lawan.


Aksi-aksi penjaga gol, Khairi menyelamatkan keadaan di pintu gol.






Opocot! Khairun, nyaris terpijak bola.





Kamarul, berusaha keras untuk menjaringkan gol. Walaupun cuba dihalang pemain lawan, beliau berupaya membuat rembatan ke pintu gol.

Ketua pasukan Khairul, telah menjaringkan beberapa gol melalui rembatan kencang.



Hafiz sedang melepaskan diri dari kepungan lawan.


*Kualiti gambar tidak memuaskan. Harap maaf.